Pages

Saturday, December 25, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2011

Sekolah akan dibuka semula untuk sesi 2011 pada Isnin (3 Januari 2011)

Perhatian :

--Senarai harga buku tulis boleh ambil disekolah pada 18 Disember 2010.

--Jualan buku tulis akan berlangsung pada 27-30 hb Disember 2010

Thursday, September 23, 2010

Monday, July 5, 2010

Program Hari Kecergasan

Tarikh :
17 JULAI 2010 (SABTU)

Masa:
8.00 AM-1.40PM

Tempat :
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBU

Perasmi :
WAKIL AHLI PARLIMEN
BENTONG










Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari guru peringkat sekolah

Tarikh :
19 MEI 2010 (RABU)

Masa:
8.00 AM-140PM

Tempat :
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBU

Perasmi :
GURU BESAR SK LEBU

Friday, April 16, 2010

KEM MOTIVASI UPSR 2010

Tarikh :
16 APRIL 2010-17 APRIL 2010

Masa:
2 HARI 1 MALAM

Tempat :
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBU

Perasmi :
GURU BESAR SK LEBU

Tuesday, March 9, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Tarikh :
12 Mac 2010-14 Mac 2010

Masa:
2 hari 3Malam

Tempat :
Padang Sk Lebu

Perasmi :
Guru Besar Sk Lebu

Wednesday, February 24, 2010

Program Nilam Sekolah

Tarikh :
24 FEBUARI 2010

Masa:
7.40 a.m

Tempat :
Dataran Perhimpunan Sk Lebu

Perasmi :
Pn. Tuan Rashidah Bte Tuan Mat
(GURU BESAR SK LEBU)

Wednesday, January 20, 2010

Majlis Watikah Pemimpin Kecil




Tarikh :
20 Januari 2010

Masa:
7.40 a.m

Tempat :
Dataran Perhimpunan Sk Lebu

Perasmi :
En Iraman Bin Med
(YDP PIBG SK LEBU)



Saturday, January 16, 2010

Gerhana Matahari


Hari :Jumaat
Tarikh : 15 januari 2010
Masa : 3.oo pm

Tuesday, January 12, 2010

Vision 2010

Kata-kata aluan 2010

Assalaamualaikum dan salam sejahtera, Dengan rendah hati saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Esa kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk terus bersama seluruh warga Sekolah Kebangsaan Lebu untuk tahun ke-6. KeizinanNya ini memberi satu suntikan kepada saya untuk terus membuat penambaikan berlandaskan pengalaman yang lepas.

Matlamat utama ialah kecemerlangan dan kesempurnaan semaksimum yang boleh. Sebarang langkah dan strategi yang bakal dilaksanakan mestilah seiring dengan nawaitu yang ikhlas. Konsep ini harus diselami, dihayati dan direalisasikan oleh seluruh warga Sekolah Kebangsaan Lebu. Menjayakan satu tugas yang diamanahkan adalah satu tanggungjawab yang berat. Namun, semangat kolaboratif yang menjadi budaya sekolah ini bakal menjanjikan satu pencapaian yang cemerlang di dalam semua bahagian, yakni pengurusan dan pentadbiran, akademik, penghasilan modal insan dan kokurikulum. Insyaallah. Semoga pencapaian UPSR 2009 tidak membunuh semangat para guru untuk mengorak langkah, menyusun strategi yang lebih mantap dan berkesan bagi menghadapi UPSR 2010 dengan calon seramai 43 orang.

Bertitik tolak dari sini, tanamkan keazaman bahawa kita boleh melakukan perubahan ke arah UPSR yang cemerlang dari segi kuantiti dan juga kualiti untuk tahun 2010 ini. Segalanya tidak ada yang mustahil. Sesungguhnya tidak ada guru yang mengharapkan kegagalan di atas setiap titik peluh yang telah dicurahkan dalam usaha masing-masing dalam menjayakan program kecemerlangan UPSR ini. Tahniah dan syabas daripada saya untuk anda semua! Sebagai pendidik, kita mestilah bersedia untuk memikul amanah dan tanggungjawab dalam usaha membentuk pertumbuhan minda, sahsiah dan nilai-nilai kerohanian di kalangan anak didik. Kita mesti adil dalam memberi hak asasi seseorang murid, yakni belajar dan diajar. Murid-murid kita berkebolehan dan berpotensi untuk cemerlang. Pemantapan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar kelas mestilah dari peringkat rendah, iaitu di tahap Prasekolah dan di Tahun 1, 2 dan 3. Ianya mesti berterusan hingga ke Tahun 6.

Elakkan berpegang kepada falsafah songsang atau bekerja mengikut "mood" yang menjuruskan kepada kerugian diri sendiri. Sekali lagi saya berharap seluruh warga sekolah ini mengambil sikap cakna kepada apa yang difokuskan oleh pihak pentadbiran iaitu kepatuhan, kelancaran, kesempurnaan dan kecemerlangan. Melaksanakan tugas merupakan satu kewajipan dan ibadah yang mesti dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan.

Atasi segala kelemahan atau kekurangan apatah lagi kepincangan yang wujud secara perbincangan, permuafakatan dan pertimbangan yang waras. Ingat, jangan "berkepentingan". Ianya tidak ikhlas. Terima kasih kepada semua ahli warga Sekolah Kebangsaan Lebu. Semoga usaha dan doa kita mendapat barakah.

"Nyahkan hasad dengki, mantapkan keikhlasan di hati".

Monday, January 4, 2010

Perhatian